PriNc3sS BiRu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Katakanlah aku berlindung dengan Allah pemelihara manusia, Raja yang menguasai sekalian manusia, Tuhan sekalian manusia, Daripada bisikan syaitan yang bersembunyi, Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada dan hati manusia, Daripada bangsa-bangsa jin dan manusia... ~ ShaRinG iS cAriNg ~ pregnancy

**** post ni saya re-post sbb setelah godek2 post yg lama, terjumpa plak... dalam situasi yg berbeza skrg ni, sy rs sesuai plak post ni nk diulang tayangkan.... (^-^) ****

~ADAM~


Adalah sebuah nama Nabi yang merupakan manusia pertama dan Beliaulah Nabi pertama di muka bumi ALLAH SWT ini...

Sempena itulah (manusia pertama), akan ku beri nama tersebut untuk bakal puteraku suatu hari nnt... kapankah saat itu akan menjadi nyata ya???
Wallahua'lam...
Hanya DIA yang maha mengetahui dan DIA juga telah menyusun jadwal kehidupan kami suami isteri...
Ya Rahman Ya Rahim, berikanlah kami petunjuk & hidayah-Mu.... Kami berlindung & memohon hanya pada-Mu.... Limpahilah rahmat & rezeki-Mu pada kami... Kurniakanlah kami suami/isteri yang soleh, anak2 yang comel, baik budinya,dan bijak mengatur langkahnya pabila mereka dewasa kelak, pandai jaga maruah diri & keluarga, tahu menghormati orang lain, taat pada-Mu dan juga mendengar kata orangtua mereka....
Ya Rasyid, Kau berikanlah kami kesabaran dan ketabahan hati juga iman dalam menempuhi alam rumah tangga ini... Jauhi kami dari badai durjana yang bisa menghancurkan keimanan dan ketaqwaan kami.... Jauhi kami dari perselisihan hati dan akal.... Dekatkan hati kami, satukan jiwa kami, simpulkan ia menjadi satu agar kami tidak terpisahkan untuk selamanya KECUALI datangnya seruan untuk menghadap-Mu...
Ya Kariim, andai ku tahu kapan tiba masanya, dapatlah aku membuat 1001 persiapan diri, mental dan fizikal... andai ku tahu besok sudah adanya 'dia' di rahimku, akan segera aku sujud menyembah-Mu...sujud tanda kesyukuran, sujud tanda keinsafan atas khilafku dan sujud memohon agar 'dia' sihat sehingga waktunya 'dia' melihat DUNIA...
Ya ALLAH Ya TUHANku...
aku pengen...
pengen merasai 'dia' bernafas bersamaku...makan bersamaku, bermain bersamaku, tidur bersamaku, segalanya kami berdua melakukan bersama-sama....
Ya Tuhanku, sungguh aku pengen...
Kau berikanlah aku kesabaran selama menunggu kehadirannya, Ya Majid....
Andai sudah ku tahu wujudnya 'dia', akan ku upgrade imanku menjadi lebih dekat dengan-Mu...lebih mengenal-Mu, agar kelak 'dia' menjadi hamba-Mu yang baik...
Akanku memperbanyak amalku... akanku cuba untuk mengamalkan Kalam-MU dengan surah2 pilihan... MARYAM, YUSUF, YASSIN, ARRAHMAN & AL-MULK...
Ya Quddus... semoga harapan & impianku menjadi nyata...
Amiiiinnnnn...

**** saat ini diriku sedang hamil,,, usia kehamilanku 17minggu 2 hari****
~~sayang mama,,,, semoga hidup yg sedang kita lalui ini membawa berkah & rahmah.... Amiiinnnn...~~



SENARAI HARGA RAWATAN YANG DISYORKAN OLEH PERSATUAN DOKTOR2 GIGI MALAYSIA

Saya telah mendapat senarai harga rawatan yang disyorkan oleh Persatuan Doktor-doktor gigi Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2007. Harga yang disyorkan ini adalah supaya klinik-klinik swasta dapat memberikan rawatan yang selamat dan mengikut panduan yang ditetapkan serta menjaga kualiti rawatan. Bahan-bahan pergigian serta jenis rawatan yang dibuat sekarang mestilah yang terkini dan mengikut peraliran zaman. Diharap ianya dapat memberi anggaran rawatan di klinik2 pergigian swasta di negara ini. Kebanyakan klinik ikut harga yang ditetapkan ini tetapi ada juga segelintir yang tidak mengikuti, samada terlalu murah ataupun terlalu mahal. Jadi utk tau dengan lebih lanjut berapa harga yang di tetapkan bolehlah bertanya kepada klinik yang di kunjungi sebelum memulakan rawatan. Jadilah pengguna yang bijak..TANYA DULU HARGA RAWATAN SEBELUM DI RAWAT.

1. Diagnosis
a. Consultation – 25 ke atas
b. X-ray periapical atau bitewing – 20 ke atas
c. x-ray panoramic atau cepahamoletric ( utk rawatan orthodontik) – 60 ke atas
d. x-ray occlusal – 40 ke atas

2. Tampalan
I) Amalgam
a. simple – 50 ke atas
b. Complex – 65 ke atas
c. pin – 30 setiap pin

II) tampalan sewarna gigi ( GIC/Composite)
a. Gigi depan simple – 80 ke atas
b. Gigi depan complex – 150 ke atas
c. gigi belakang simple – 80 ke atas
d. gigi belakang complex – 200 ke atas
e. composite veneers – 250 ke atas

III) Tampalan Sementara – 40 ke atas

3. Crown

I) Ceramic – 1000 ke atas

II) Porcelain bonded to metal crown ( Luar porcelin dalam metal)
a. non-precious metal – 650 ke atas
b. semi-precious metal – 850 ke atas
c. precious metal – 1200 ke atas

III) Full metal crown
a. non-precious metal – 600 ke atas
b. precious metal – 1000 ke atas

IV)Post and core – 250 ke atas

V) Stainless steel crown ( utk kanak-kanak) – 250 ke atas

VI) Ceramic veneers – 1000 ke atas

4. Inlays & Onlays
a. Non-precious metal – 400 ke atas
b. precious metal – 800 ke atas
c. ceramic – 800 ke atas
d. composite – 400 ke atas

5. Simen semula crown yang tanggal – 60 ke atas

6. Rawatan saraf
I) Pulpotomy ( utk kanak-kanak) – 150 ke atas per visit

II) Rawatan saraf ( dewasa)
a. Gigi depan – 400 ke atas
b. gigi geraham kecil( premolars) – 600 ke atas
c. gigi geraham besar ( molar) – 850 ke atas

III) Rawatan saraf secara pembedahan – 1000 ke atas

* semua harga rawatan saraf tidak termasuk harga tampalan

7. Periodontik
a. Scaling & polishing ( cuci gigi) – 85 ke atas
b. Polishing saja – 65 ke atas
c. Root planning ( cucian ke atas akar) – 80 ke atas utk sebatang gigi
d. simple perio flap surgery – 1000 ke atas ( per quadrant)
e. complex perio surgery dengan graft procedures – 1500 ke atas

* harga graft dan GTR tidak termasuk

8. Gigi Palsu

I) Gigi separuh penuh ( partial denture)
a. tapak acrylic dengan sebatang gigi – 200 ke atas
b. tapak cast metal dengan sebatang gigi – 500 ke atas
c. tambahan gigi – 40 ke atas

II) Gigi palsu penuh
a. tapak acrylic utk atas saja atau bawah saja – 800 ke atas
b. tapak acrylic utk dua2 atas dan bawah – 1600 ke atas
c. tapak cast metal utk atas atau bawah saja – 1200 ke atas

III) Reline
a. gigi palsu tak penuh – 80 ke atas
b. gigi palsu penuh ( dibuat di klinik) – 200 ke atas
c. gigi palsu penuh ( dihantar ke lab) – 300 ke atas

IV) Tambahan gigi ke gigi palsu sedia ada
a. gigi pertama – 85 ke atas
b. tambahan gigi – 40 ke atas

V) repair gigi palsu atau tambahan clasp (cangkuk) – 60 ke atas

9. Cabutan

I) cabutan gigi dewasa
a. gigi depan – 60 ke atas
b. gigi belakang – 80 ke atas
c. cabutan susah – 350 ke atas

II) cabutan gigi kanak-kanak
a. gigi depan – 40 ke atas
b. gigi belakang – 60 ke atas

III) cabutan gigi geraham bungsu secara pembedahan kecil – 600 ke atas

IV) Biopsy dan report – 200 ke atas

V) Incision and drainage ( pembuangan nanah) – 70 ke atas

VI) Post operative review per visit ( rawatan susulan selepas cabutan bermasalah/pembedahan) – 25 ke atas

VII) Rawatan pendarahan berpanjangan selepas cabutan – 80 ke atas

* Ubat di caj berasingan

10. Rawatan Pencegahan

a. Florida – 80 ke atas
b. Fissure sealant utk sebatang gigi – 70 ke atas
c. Preventive resin restoration – 80 ke atas

11. Orthodontik ( braces)

a.Simple removable appliance ( boleh tanggal-tanggal) – 1500 ke atas
b.Braces – 4000 ke atas
c. Functional appliance – 2000 ke atas
d. Retainer – 400 ke atas

12. Implant

a. Prosedur implant ( termasuk skru dan healing cap) – 5000 ke atas sebatang
b. Prosedur prosthetic – 3000 ke atas
c. prosedur sinus lift – 2000 ke atas
d. prosedur tissue grafting – 3000 ke atas
e. surgical stent – 250 ke atas
f. bone maping – 250 ke atas
g. Prosedur guided bone regeneration dengan membrane – 2000 ke atas
h. Prosedur guided bone regeneration tanpa membrane – 1500ke atas
i. implant dengan bantuan komputer – 3000 ke atas
j. Prosedur stage 1 – 3000 ke atas
k. Prosedur stage 2 – 3200 ke atas
l. crown sementara – 1000 ke atas

* harga tidak termasuk consultation, planning, model gigi, x-ray, bahan graft, permanent crown, bridge dan gigi palsu

13. lain-lain caj

a. dental report ( utk insuran, peguam etc) – 200 ke atas
b. custamize sport mouth guard – 400 ke atas
c. night guard ( utk mereka yang gesel gigi) – 400 ke atas
d. merawat gigi sensitive utk sebatang gigi – 40 ke atas
e. pemutihan gigi
I) satu gigi – 100 per visit
II) di rumah – 800 ke atas
III) di klinik gigi – 1500 ke atas
f. house call – 150 ke atas
g. hadir ke mahkamah utk keterangan – 250 ke atas
h. non-expert witness – 500 ke atas
i. expert witness – 1000 ke atas
j. attending dentist statement ( utk insuran) – 50 ke atas


**** SUMBER : http://drleen.wordpress.com ****

(ada olahan sedikit dr saya)



*****Peralatan yg digunakan saat odontectomy... i domyself wif 2 DSA... :)


WELCOME!!!!

Salam tahun baru pada semua yg membaca catatan ku ini…. Awal pagi ini, kumulakan hari dengan lafaz Bismillahirrohmanirrahim dan senyuman yg ceria…. Semoga membawa berkah sepanjang tahun dan selamanya….

Bercakap tentang tahun baru…. Semua akan becok bertanyakan apakah AZAM tahun baru kamu??? Soalan ni lazim rite?? sebelum org bertanya (xkire la if xde yg tanya….heheeee), banyak pekara yg dah direncanakan dlm otak ni… nk buat itu…nk buat ini… nk selesaikan itu…nk selesaikan ini… nk melancong ke sana, ke sini dan bla bla bla….. banyak sungguh la….

1 je yg nk kena ingat dlm setiap planning hidup ni… kite hanya merancang… TUHAN yang tentukan…. Berusaha ke arah apa yg kita mahu….. berdoa setelah melakukannya….. lastly, bertawakal ke atas-NYA…. Segalanya, DIA yg tentu kan… betul tak???

Bagi diri yg super serabut ngn segala tugas dan tanggungjawab yg dipikul ni, tentulah akan pening dlm nk susun perencanaan untuk sepanjang tahun 2010 ni…

Bytheway, secara kasar I’ll make sure:

Early 2010~~~~~ mesti konvo (wajibulghunnah!!!!) estimate = APRIL…….

Middle of the year ~~~~~ beranak…. My baby my baby… lalalalaaa….. (semoga diriku tabah menempuh saat melahirkan dirimu kedunia ini…) due = 10 JUN 2010 ( estimate time yg free = 2bulan)

My aim after pantang >>>> berat turun >>>> ideal = 48-54kg ^^^^ wink wink wink….. (mampu ke ek? Insyaallah!!! Focus…. No more LEMAK JAHAT!!!)

After 2months~~~~ stat keje….!!!! (maybe dah stat pose) hopefully diet berterusan… ngeh ngeh ngeh….

My aim lepas posting >>>> kete baru kua… (ni kena discuss ngn hubby, kete ape yg sesuai mengikut citaras hubby) bagi hubby yg buat pilihan pulak… this time is his turn to demand wat he want… ececceecceee….. (insyaallah klu murah rezeki la…..)sbg hadiah dariku untuk hubby terchenta…atas pengorbanannya selama ni… muwah!!!! Sayang dia…. (^_^)

Then raya…… ~~~~~ 1st time raya ngn baby…. (insyaallah) n kete baru… (kot la beli dl b4 raya nih…)

Then ~~~~~ keje keje keje keje…… kumpul duit banyak2!!! Selagi mampu & sehabis tenaga… melepaskan dendam yg tertahan selama praktikal b4!!!! Yeeeaaaahhhhh…. (kalu dapat buat keje ngn baik, rasa nak jerit je, melepaskan rasa PUAS bile dapat keje n dapat imbalan gaji yg memuaskan!!!!!!) AAAAAAGGGGHHHHHHHHHH!!!!!!!! (saat type ni rasa nk jerit betul2 je sbb memg tgh stress tahap petala kelapan dah ni…. Sampai akunye blood pressure naik mendadak!!!!) aaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhh….. nk jerit banyak2 kali!!! Rasa nak g cari bukit @ gunung yg tinggi utk melepaskan sesak yg berbuku di dada ini…. Hanya org yg bisa mengerti saje yg faham kondisi berada di bumi MEDAN yg &*$%!!@ ni…. Full of **&&&##@@@@)%)^^$!@*(%& Huhhhhhh… sabar2… relax….

Perjuangan ini akan ku teruskan jua walaupun pahit tersangat pahit payau jerih macamana pun…. Kerana inilah JALAN yg aku pilih….. penuh liku rupenye… harusku akui, untuk menjadi yg TERBAIK & TERHEBAT memerlukan SEJUTA pengorbanan & keberanian…. Tanpa keberanian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan…. REMEMBER THAT!!!! Berusahalah dengan sabar untuk mendapatkan BINTANG yang sukar digapai di langit gelap itu….. kau pasti akan berhasil mendapatkannya…. J

End of 2010 ~~~~ ade masa, ade rezeki…. Nk g jalan2 makan angin ngn hubby… depands on budget n time la….. mntau kot2 hjg2 thn tu kami jd org super busy susah gak kan…. Insyaallah sekaligus celebrate 2nd years anniversary…. (wahhh… rasanya baru je celebrate yg 1st, dah cite nk yg 2nd plak)…. Kih kih kih… just a plan…

Lps ni nak buat planning dlm diary untuk yg detail sket pulak… ni roughly je…. lbh pening nk pk klu dah masuk lbh detail ni…. Perggghhhhh…..

Tp hidup ni mesti ade plan…. Baru lah ada landasan… betul x?? klu main jalan je susah la sket…. Semborono org jawa ckp…. Aku lebih prefer buat plan dlm hidup…. Antara terlaksana or not, tu bukan masalahnya… at least kite dah ade guide line, rite??? Yg xterlaksana tu, kenalah tau sbb ape xmenjadi… then klu penting, tunda lah perkara tsb…. Easy rite….???

Diary, diary, diary…… lepas ni nak g cari diari… PLANNER ….

HIDUP 2010…. SEMOGA TAHUN INI MEMBAWA BERKAH DALAM HIDUP KAMI SEKELUARGA….

PAPA, MAMA & BABY….


Wanita.... kaulah penyeri dunia ini...

1) doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifatnya penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w. " Ibu lebih penyayang daripada bapa an doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

2) apabila seorang perempuan mengandunkan janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan an menghapuskan 1000 kejahatan.

3) apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahalarang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

4) apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah daripada dosa2 seperti ibunya melahirkannya.

5) apabila telah lahir anak lalu disusui, setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6) apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

7) sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8) sesiapa membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah2 dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9) perempuan yg menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memeasukkan dia ke syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

10) perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, masuklah dia dari mana2 pintu syurga mana saja yg dikehendaki.

11) wanita yg solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yg soleh.

12) Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ; Siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita?" jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula yg berhak terhaap lelaki?" jawab Rasulullah s.a.w., "Ibunya".

13) apabila engkau dipanggil oleh ibu dan bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14) wanita yang taat akan suaminya, ikan2 di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyang serta puasanya.

15) wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dari mana2 pintu yg dikehendaki dengan tidak dihisab.

16) syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17) wanita yg tinggal bersama2 anaknya akan tinggal bersama2 aku (Nabi s.a.w.) di dalam syurga.

18) sesiapa yan mempunyai 3 anak perempuan, @ 3 saudara perempuan, @ 2 anak perempuan @ 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan memndidik mereka dengan penuh resa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syuga.

19) drpd Aisyah r.a., "Sesiapa yang diuji dengan sesatu daripada anak2 perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka akan menjadi penghalang baginya drpd neraka."

salam uols.... ni nak post beberape pic time early december this year (2009) yg bersamaan dgn my besday... on 1st december... n some pic on my housemate's besday on 6th december...

ni la kek yg terbest ever yg penah i rasa... made from CLOVER... very yummiest!!! thanx for all my fwens yg plan nk wat suprise ni even malam tu i xsehat sgt n keadaan kecoh2 nk kua g wisma ngn hubby... (act, my fwen ajak my hubby join the plan)

potong kek... rasanya sejak 26thn hidup ni bole kira ngn jari bape kali merasa potong kek....
uhuk uhuk u
huk....

suap anon makan kek yg best ni.... rasa mcm xcukup je... lgpun i mkn sket jek sbb takot perot meragam...

ngn hubby n ika... (mak nyorok dlm bilik sbb malu nk join) :p

hadiah besday dr hubby... wallet yg dah survey 2bln lps... hihihiiii... n advanced bln lepas- hp baru.... :D tq sayang!!! muwah.... :)


nilah org2 yg dok wat suprise malam tu.... time kasih korg sume... love ols.... :D

ni kat MR.PANCAKE, SUN PLAZA ngn fwens ramai2.... ni pun wat suprise utk yana.... kek dia pun sedap...


sampai jumpa tahun depan...dengan kehadiran baby pertama!!! :) insyaallah, panjang umo, murah rezeki dan badan sihat2... aminnnnnnn.....

Petikan ini saya dapat dr emel yg dikirimkan dr seorang kenalan...
just for share n pls give some input to us...


Siapakah itu Michael Web???

Michel Web merupakan seorang pakar psikologi seksual yang berasal dari US.

Banyak artikel-artikel beliau diterbitkan dalam majalah seperti "New Man", "Bride Megazine", "Men Health", "Cosmopolitan" dan juga majalah Bride.

Selain itu Michael Web juga pernah muncul dalam siaran televison seperti Oprah, Fox News dan juga NBC News...

Banyak undangan yang beliau terima untuk membicarakan perkara berkaitan seksual dan perhubungan.

Contohnya tip-tip bagaimana untuk seorang isteri mengembalikan kehebatan seksual suaminya. Seperti kita sedia maklum, lelaki ini semakin hari semakin bosan dengan perkara yang sama.

Oleh itu untuk mengelakkan kebosanan ini pelbagai cara perlu dilakukan oleh isteri supaya hubungannya dengan suami kekal "hot"...

Antara langkah seksual yang diajarkannya adalah "hand job"....Menurut beliau tidak semua lelaki gemar menyetubuhi isteri melalui tempat biasa. Oleh itu 'hand job' menjadi pilihan.

Perkara yang diajar boleh dikatakan agak praktikal kerana apabila si isteri datang haid, maka cara seperti 'hand job' dapat memuaskan suami dengan pantas dan penuh bermakna.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa perhubungan dan seks merupakan satu jurus sains. Antara suami isteri terdapat daya elektromagnet yang saling mempengaruhi 'mood' setiap pasangan.

Sebagai contoh, jika si suami pada hari itu bercaj positif, dan si isteri bercaj negatif maka perhubungan pada hari itu baik, aman dan saling ingin mendekati.

Tetapi jika pada hari itu si suami bercaj positif dan si isteri juga bercaj positif, maka mood pada hari itu akan dingin atau kurang elok.

Michael Web menyatakan bahawa jika kita berasa kurang enak dengan pasangan dan mood pada hari itu kurang baik maka elakkan bercakap banyak. Dikhuatiri boleh mencetuskan perbalahan. Ini kerana caj suami dan isteri sama, maka berlakunya penolakkan antara satu sama lain.

Maaf ya, ingin saya sampaikan apa yang Michael Web katakana bahawa 99% lelaki gemarkan seks oral. Tidak dapat tidak seks oral 'wajib' bagi setiap sesi bersama. Namun hanya 45% sahaja wanita yang gemarkan seks oral.

Namun begitu, Michael Web ada penyelesaiannya... malah bagi wanita yang tidak gemarkan oral seks, akan berminat untuk perkara berkenaan. Cara-cara dan langkah yang diajar amat praktikal sekali dan pastinya si suami pasti akan melafazkan ucapan 'terima kasih' kepada isterinya atas kehebatan si isteri 'melayan' suami.

Sebagai bonus, Michael Web ada menyatakan 4 langkah bagaimana dengan hanya seks oral, si suami mampu untuk mencapai orgasm dengan mudah.

Bagi saya apa yang dijelaskan oleh Michael Web amat sesuai untuk setiap pasangan yang mempunyai masalah seksual. Bagi yang baru berumahtangga, saya rasa hal seksual ini masih belum berlaku ataupun tidak seberapa berat kesnya.

Lain pula dengan pasangan yang sudah mencecah 15 tahun berkahwin. Pastinya hubungan seksual mereka agak bermasalah. Maklumlah pada masa berkenaan hormon semakin berkurang. Namun usah risau, saya pasti Teori Michael Web untuk merapatkan lagi perhubungan batin anda akan berkesan.


p/s: yg menjadi tanda tanya... apakah ia bole dolakukan dalam islam... sebab ada pelbagai pendapat yg saya dengar sebelum ini dr pelbagai golongan dan juga dr media cetak seperti buku2 agama tentang rumahtangga... ??? any suggestion guys???


Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”




Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Hayatilah kisah ini wahai para ibu, bapa & teman2 semua... terharu sangat... jadikan iktibar... semoga KAMI menjadi ibubapa yg sabar dengan kerenah anak2 kami....

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.

Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.



p/s: semoga aku menjadi seorang ibu dan suamiku menjadi seorang bapa yang mithali, baik dan memahami anak2 kami.... amin...... insyaallah!!!

~~knOW bOuT mE~~

Foto saya
Ampang, Malaysia
Saya adalah seorang anak daripada kedua ibu bapa saya....Saya adalah seorang isteri kepada seseorang.... :)Saya kini bakal bergelar MAMA kepada bayi yg saya kandung ini.... saya bahagia!!!! Saya juga seorang mahasiswi U terkemuka di SUMUT....Saya juga seorang yang akan bergelar DOKTOR GIGI....... JUST SMILE... :)saya berbintang SAGITARIUS.....saya suka dunia LAUTAN....saya juga suka warna BIRU....saya adalah BEAUTYBLUE....... :) emel: drannarais@yahoo.com ym: anur_pooh
"Dan katakanlah, 'Wahai Tuhanku,tambahkanlah ilmu kepadaku.'"(Thaahaa [20]: 114)

"Orang yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, pasti dipahamkan terhadap agama." (HR Bukhari)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

pregnancy

~baby~

Lilypie Maternity tickers Where Moms Unite

~~Baca bLOg OraNg~~

******

wynas bridal

~~~ChiTcHat~~~

~~~FoLLoweRs~~~

FEEDJIT Live Traffic Feed