PriNc3sS BiRu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Katakanlah aku berlindung dengan Allah pemelihara manusia, Raja yang menguasai sekalian manusia, Tuhan sekalian manusia, Daripada bisikan syaitan yang bersembunyi, Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada dan hati manusia, Daripada bangsa-bangsa jin dan manusia... ~ ShaRinG iS cAriNg ~ pregnancy

WELCOME!!!!

Salam tahun baru pada semua yg membaca catatan ku ini…. Awal pagi ini, kumulakan hari dengan lafaz Bismillahirrohmanirrahim dan senyuman yg ceria…. Semoga membawa berkah sepanjang tahun dan selamanya….

Bercakap tentang tahun baru…. Semua akan becok bertanyakan apakah AZAM tahun baru kamu??? Soalan ni lazim rite?? sebelum org bertanya (xkire la if xde yg tanya….heheeee), banyak pekara yg dah direncanakan dlm otak ni… nk buat itu…nk buat ini… nk selesaikan itu…nk selesaikan ini… nk melancong ke sana, ke sini dan bla bla bla….. banyak sungguh la….

1 je yg nk kena ingat dlm setiap planning hidup ni… kite hanya merancang… TUHAN yang tentukan…. Berusaha ke arah apa yg kita mahu….. berdoa setelah melakukannya….. lastly, bertawakal ke atas-NYA…. Segalanya, DIA yg tentu kan… betul tak???

Bagi diri yg super serabut ngn segala tugas dan tanggungjawab yg dipikul ni, tentulah akan pening dlm nk susun perencanaan untuk sepanjang tahun 2010 ni…

Bytheway, secara kasar I’ll make sure:

Early 2010~~~~~ mesti konvo (wajibulghunnah!!!!) estimate = APRIL…….

Middle of the year ~~~~~ beranak…. My baby my baby… lalalalaaa….. (semoga diriku tabah menempuh saat melahirkan dirimu kedunia ini…) due = 10 JUN 2010 ( estimate time yg free = 2bulan)

My aim after pantang >>>> berat turun >>>> ideal = 48-54kg ^^^^ wink wink wink….. (mampu ke ek? Insyaallah!!! Focus…. No more LEMAK JAHAT!!!)

After 2months~~~~ stat keje….!!!! (maybe dah stat pose) hopefully diet berterusan… ngeh ngeh ngeh….

My aim lepas posting >>>> kete baru kua… (ni kena discuss ngn hubby, kete ape yg sesuai mengikut citaras hubby) bagi hubby yg buat pilihan pulak… this time is his turn to demand wat he want… ececceecceee….. (insyaallah klu murah rezeki la…..)sbg hadiah dariku untuk hubby terchenta…atas pengorbanannya selama ni… muwah!!!! Sayang dia…. (^_^)

Then raya…… ~~~~~ 1st time raya ngn baby…. (insyaallah) n kete baru… (kot la beli dl b4 raya nih…)

Then ~~~~~ keje keje keje keje…… kumpul duit banyak2!!! Selagi mampu & sehabis tenaga… melepaskan dendam yg tertahan selama praktikal b4!!!! Yeeeaaaahhhhh…. (kalu dapat buat keje ngn baik, rasa nak jerit je, melepaskan rasa PUAS bile dapat keje n dapat imbalan gaji yg memuaskan!!!!!!) AAAAAAGGGGHHHHHHHHHH!!!!!!!! (saat type ni rasa nk jerit betul2 je sbb memg tgh stress tahap petala kelapan dah ni…. Sampai akunye blood pressure naik mendadak!!!!) aaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhh….. nk jerit banyak2 kali!!! Rasa nak g cari bukit @ gunung yg tinggi utk melepaskan sesak yg berbuku di dada ini…. Hanya org yg bisa mengerti saje yg faham kondisi berada di bumi MEDAN yg &*$%!!@ ni…. Full of **&&&##@@@@)%)^^$!@*(%& Huhhhhhh… sabar2… relax….

Perjuangan ini akan ku teruskan jua walaupun pahit tersangat pahit payau jerih macamana pun…. Kerana inilah JALAN yg aku pilih….. penuh liku rupenye… harusku akui, untuk menjadi yg TERBAIK & TERHEBAT memerlukan SEJUTA pengorbanan & keberanian…. Tanpa keberanian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan…. REMEMBER THAT!!!! Berusahalah dengan sabar untuk mendapatkan BINTANG yang sukar digapai di langit gelap itu….. kau pasti akan berhasil mendapatkannya…. J

End of 2010 ~~~~ ade masa, ade rezeki…. Nk g jalan2 makan angin ngn hubby… depands on budget n time la….. mntau kot2 hjg2 thn tu kami jd org super busy susah gak kan…. Insyaallah sekaligus celebrate 2nd years anniversary…. (wahhh… rasanya baru je celebrate yg 1st, dah cite nk yg 2nd plak)…. Kih kih kih… just a plan…

Lps ni nak buat planning dlm diary untuk yg detail sket pulak… ni roughly je…. lbh pening nk pk klu dah masuk lbh detail ni…. Perggghhhhh…..

Tp hidup ni mesti ade plan…. Baru lah ada landasan… betul x?? klu main jalan je susah la sket…. Semborono org jawa ckp…. Aku lebih prefer buat plan dlm hidup…. Antara terlaksana or not, tu bukan masalahnya… at least kite dah ade guide line, rite??? Yg xterlaksana tu, kenalah tau sbb ape xmenjadi… then klu penting, tunda lah perkara tsb…. Easy rite….???

Diary, diary, diary…… lepas ni nak g cari diari… PLANNER ….

HIDUP 2010…. SEMOGA TAHUN INI MEMBAWA BERKAH DALAM HIDUP KAMI SEKELUARGA….

PAPA, MAMA & BABY….


Wanita.... kaulah penyeri dunia ini...

1) doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifatnya penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w. " Ibu lebih penyayang daripada bapa an doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

2) apabila seorang perempuan mengandunkan janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan an menghapuskan 1000 kejahatan.

3) apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahalarang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

4) apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah daripada dosa2 seperti ibunya melahirkannya.

5) apabila telah lahir anak lalu disusui, setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6) apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

7) sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8) sesiapa membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah2 dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9) perempuan yg menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memeasukkan dia ke syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

10) perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, masuklah dia dari mana2 pintu syurga mana saja yg dikehendaki.

11) wanita yg solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yg soleh.

12) Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ; Siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita?" jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula yg berhak terhaap lelaki?" jawab Rasulullah s.a.w., "Ibunya".

13) apabila engkau dipanggil oleh ibu dan bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14) wanita yang taat akan suaminya, ikan2 di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyang serta puasanya.

15) wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dari mana2 pintu yg dikehendaki dengan tidak dihisab.

16) syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17) wanita yg tinggal bersama2 anaknya akan tinggal bersama2 aku (Nabi s.a.w.) di dalam syurga.

18) sesiapa yan mempunyai 3 anak perempuan, @ 3 saudara perempuan, @ 2 anak perempuan @ 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan memndidik mereka dengan penuh resa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syuga.

19) drpd Aisyah r.a., "Sesiapa yang diuji dengan sesatu daripada anak2 perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka akan menjadi penghalang baginya drpd neraka."

salam uols.... ni nak post beberape pic time early december this year (2009) yg bersamaan dgn my besday... on 1st december... n some pic on my housemate's besday on 6th december...

ni la kek yg terbest ever yg penah i rasa... made from CLOVER... very yummiest!!! thanx for all my fwens yg plan nk wat suprise ni even malam tu i xsehat sgt n keadaan kecoh2 nk kua g wisma ngn hubby... (act, my fwen ajak my hubby join the plan)

potong kek... rasanya sejak 26thn hidup ni bole kira ngn jari bape kali merasa potong kek....
uhuk uhuk u
huk....

suap anon makan kek yg best ni.... rasa mcm xcukup je... lgpun i mkn sket jek sbb takot perot meragam...

ngn hubby n ika... (mak nyorok dlm bilik sbb malu nk join) :p

hadiah besday dr hubby... wallet yg dah survey 2bln lps... hihihiiii... n advanced bln lepas- hp baru.... :D tq sayang!!! muwah.... :)


nilah org2 yg dok wat suprise malam tu.... time kasih korg sume... love ols.... :D

ni kat MR.PANCAKE, SUN PLAZA ngn fwens ramai2.... ni pun wat suprise utk yana.... kek dia pun sedap...


sampai jumpa tahun depan...dengan kehadiran baby pertama!!! :) insyaallah, panjang umo, murah rezeki dan badan sihat2... aminnnnnnn.....

Petikan ini saya dapat dr emel yg dikirimkan dr seorang kenalan...
just for share n pls give some input to us...


Siapakah itu Michael Web???

Michel Web merupakan seorang pakar psikologi seksual yang berasal dari US.

Banyak artikel-artikel beliau diterbitkan dalam majalah seperti "New Man", "Bride Megazine", "Men Health", "Cosmopolitan" dan juga majalah Bride.

Selain itu Michael Web juga pernah muncul dalam siaran televison seperti Oprah, Fox News dan juga NBC News...

Banyak undangan yang beliau terima untuk membicarakan perkara berkaitan seksual dan perhubungan.

Contohnya tip-tip bagaimana untuk seorang isteri mengembalikan kehebatan seksual suaminya. Seperti kita sedia maklum, lelaki ini semakin hari semakin bosan dengan perkara yang sama.

Oleh itu untuk mengelakkan kebosanan ini pelbagai cara perlu dilakukan oleh isteri supaya hubungannya dengan suami kekal "hot"...

Antara langkah seksual yang diajarkannya adalah "hand job"....Menurut beliau tidak semua lelaki gemar menyetubuhi isteri melalui tempat biasa. Oleh itu 'hand job' menjadi pilihan.

Perkara yang diajar boleh dikatakan agak praktikal kerana apabila si isteri datang haid, maka cara seperti 'hand job' dapat memuaskan suami dengan pantas dan penuh bermakna.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa perhubungan dan seks merupakan satu jurus sains. Antara suami isteri terdapat daya elektromagnet yang saling mempengaruhi 'mood' setiap pasangan.

Sebagai contoh, jika si suami pada hari itu bercaj positif, dan si isteri bercaj negatif maka perhubungan pada hari itu baik, aman dan saling ingin mendekati.

Tetapi jika pada hari itu si suami bercaj positif dan si isteri juga bercaj positif, maka mood pada hari itu akan dingin atau kurang elok.

Michael Web menyatakan bahawa jika kita berasa kurang enak dengan pasangan dan mood pada hari itu kurang baik maka elakkan bercakap banyak. Dikhuatiri boleh mencetuskan perbalahan. Ini kerana caj suami dan isteri sama, maka berlakunya penolakkan antara satu sama lain.

Maaf ya, ingin saya sampaikan apa yang Michael Web katakana bahawa 99% lelaki gemarkan seks oral. Tidak dapat tidak seks oral 'wajib' bagi setiap sesi bersama. Namun hanya 45% sahaja wanita yang gemarkan seks oral.

Namun begitu, Michael Web ada penyelesaiannya... malah bagi wanita yang tidak gemarkan oral seks, akan berminat untuk perkara berkenaan. Cara-cara dan langkah yang diajar amat praktikal sekali dan pastinya si suami pasti akan melafazkan ucapan 'terima kasih' kepada isterinya atas kehebatan si isteri 'melayan' suami.

Sebagai bonus, Michael Web ada menyatakan 4 langkah bagaimana dengan hanya seks oral, si suami mampu untuk mencapai orgasm dengan mudah.

Bagi saya apa yang dijelaskan oleh Michael Web amat sesuai untuk setiap pasangan yang mempunyai masalah seksual. Bagi yang baru berumahtangga, saya rasa hal seksual ini masih belum berlaku ataupun tidak seberapa berat kesnya.

Lain pula dengan pasangan yang sudah mencecah 15 tahun berkahwin. Pastinya hubungan seksual mereka agak bermasalah. Maklumlah pada masa berkenaan hormon semakin berkurang. Namun usah risau, saya pasti Teori Michael Web untuk merapatkan lagi perhubungan batin anda akan berkesan.


p/s: yg menjadi tanda tanya... apakah ia bole dolakukan dalam islam... sebab ada pelbagai pendapat yg saya dengar sebelum ini dr pelbagai golongan dan juga dr media cetak seperti buku2 agama tentang rumahtangga... ??? any suggestion guys???


Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”




Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Hayatilah kisah ini wahai para ibu, bapa & teman2 semua... terharu sangat... jadikan iktibar... semoga KAMI menjadi ibubapa yg sabar dengan kerenah anak2 kami....

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.

Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.



p/s: semoga aku menjadi seorang ibu dan suamiku menjadi seorang bapa yang mithali, baik dan memahami anak2 kami.... amin...... insyaallah!!!




Terlampau sering kau buat air mataku
Tak pernah kau tahu dalamnya rasa cintaku
Tak banyak inginku jangan kau ulangi
Menyakiti aku sesuka kelakuanmu
Ku bukan manusia yang tidak berpikir
Berulang kali kau lakukan itu padaku

reff:
Jika cinta dia jujurlah padaku
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu
Jjika cinta dia ku coba mengerti

Teramat sering kau membuat patah hatiku
Kau datang padanya tak pernah kutahu
Kau tinggalkan aku disaat ku butuhkan mu
Cinta tak begini selama kutahu
Tetapi ku lemah karena cintaku padamu

*
Jika cinta dia jujurlah padaku
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu
Jika cinta dia ku coba mengerti
Mungkin kau bukan cinta sejati dihidupku

back to * [2x]

suke tgk video ni.... rasa xsabar je nak mendengar tangisan baby.... sayang.... semoga baby sihat di dalam jagaan mama ye... muuuuwaaaahhhhh!!!!!

salah ke aku jika setiap tingkahlaku ku ini begini ???? bukan ku pinta ia supaya berubah menjadi begini... bukan aku yg mahu melukakan atau menyusahkan sesiapa... ia terjadi secara spontan..... salah ke aku???? salah aku ke ???? xbile ke korang faham sket dgn diriku.... xbole ke korg set mind yg aku ni xsengaja... dan berfikir dgn keadaan aku yg mcmni??? aku xfaham la dgn KAU yg susah nk fhm aku!!! pdhal org lain dgn cepat menangkap setiap khilafku ada sbbnya... sbbnya KONDISI badan ku ini... dgn cepatnya org dapt terima perubahan diriku.... kenapa KAU di cipta dgn akal lembap!!! tu pun susah ke nk faham????!!!! aku lelah la ckp dgn KAU ni!!!! bila la nk berubah....

salam...

Happy sgt bila hubby dtg mggu lepas... semalam (26 okt), pagi2 lagi hubby dah terbang balik ke JB....
utk pertama kali nya, xdapat jemput n hantar ke airport...sbb kondisi badan yg kurang stabil... maklum je lah...

JUMAAT: 23 OKTOBER 2009

Pagi2 kua ngn hubby g jalan cari barang, makan, tgk wayang, karaoke n last skali g klinik wat check-up.... nape check-up buat last skali dlm agenda 1 hari tu??? sebab, style kat cni, doktor pakar open klinik pada jam petang @ malam shj... sbb nya siang doktor pakar keje kat hospital lain or jadi lecturer... kat sini pelik sket... huuuuu... sempat la bergelek sakan time karaoke ptg tu... heheheh... :D
dah petang lps asar, kami gerak g klinik specialist utk buat check-up baby dlm rahimku ini....

nilah hasil USG kami...
ade 2 pic doc snap... yg kiri, doc buat ukuran 'yolk sac'... yg kanan mcm bese la...
time ni doc kira baby dah 6minggu 3hari... tp hari ni dah jd 7 minggu 1hari... :D
happy sangat...
syukur pada NYA sbb kurnikan kami zuriat dalam tempoh skrg ni...
semoga 'dia' memberi lbh makna dlm hidup kami dengan segala kepayahan n jerih mama dia ni... jd anak yang baik ye sayang... nnt dah besar jaga mama n papa pulak sepenuh hati dgn iklhas & ihsan ye....... kami akan menyanyangi baby dengan sepenuh jiwa kami... :*

ok guys... idea jd kering sbb xsedap badan skrg ni... need rest more... need attention n care more ... more than words...


p/s: ni terlamabat publish... sori ye... :p

salam...layan dulu pic ni ek...

1 Syawal 1430H

~jantung hatiku~

~diriku bak puteri kayangan~
:p (jgn ada yg muntah ye)

time open house....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

salam... huhuuuu....
klaka la... patut la bile dpt cek blog ni tgk xde yg update sejak sebulan lalu...kwn2 pun dah tny, ckp dah update, tp nape xmuncul ape yg update... ghupe2nya x klik publish, tp klik save draft... lps dr buat post ni plak ade problem ngn laptop menyebabkan xbole open blog kesayangan satu ni.... hurm... so, cannot know la ape yg berlaku... igt lps post pic2 atas ni nak story mory sket... skali masalah melanda... aduhai.... rindunye la... byk news xdpt nak share... suke duke selama oktober...
macam TRAGEDI OKTOBER plak... wakakakakaaa...

Salam uols.... :D

Ceriakan lebaran ni dengan senyuman ikhlas di wajahmu...
Ramadhan yg penuh berkah telah meniggalkan kita...menjelma lagi setahun kemudian... INSYAALLAH....

Akhirnya, dengan izin-NYA, kite bersuo juo dengan SYAWAL yg mulia ini thn ini... semoga semua yg dpt menikmati lebaran ini bersyukur kehadratNYA... dapat berkumpul bersama keluarga tersayang...suami/isteri tercinta & anak2 yg dikasihi.... dapat berjumpa sanak saudara yg dekat & yg jauh... mengeratkan ukhuwah sesama insan... ziarah menziarahi sesama teman taulan... ana

16 September 2006

Penerbangan dari Medan ke Kuala Lumpur (macam la jauh sgt.. :p) dengan pesawat AIRASIA selama 50 minit telah menerbangkan diriku.... dan telah masuk waktu berbuaka puasa juga di dalam cabin... sayangnya crew2 tidak menyediakan secebis kurma @ setitik air untuk dijamah... huwaaaa... nasiblah baik xlama lg dah nak landing.... dengan jarak pesawat dengan tempat ambil bagasi sikit punya jauh nak jalan...penat sungguh...tp hati berbunga2 sbb dah landing di tanah melayu tercinta ni... :D
Ketibaanku di tunggu seorang sahabat tercinta.... hepi sangat2 sebab dah lama xjumpa dia...asyik2 delay je appointment ngn dia ni tau!!! tp kesian kat dia gak sbb blm buka puasa gara2 nak jemput aku... kami pun terus bergerak ke parking kete meneruskan perjalanan ke Ampang.... mak dah tunggu kami... nk makan kat lua ke kt umah... urmmm...last2 mak dah siapkn makanan utk kami...kenalah makan kat umah kan.... thanx mak... mesti mak xsabar nk tunggu anak comel dia ni....hikss.... :p perjalanan mengambil masa 1jam lebih, tu pun sbb kami tersasar..terlepas simpang...ralit sangat berborak... ngeee... :D lepas dah kenyang, dia pun beransur pulang... lewat malam baru dia sampai... thanx Bobok!!

17 September 2009

Apply VISA B kat KBRI kedutaan indon... jumpa hanim n hapis.... n hanim's fwen... visa boleh amek 24 September nnt... nasib baik Boldwaktu mengizinkan... :D

18 September 2009

Shopping kat PAVILLION ngn anon n mak.... wah....shopping sakan kami...dah la 1st time masuk situ...anon yg guide sbb dia tiap minggu masuk pavillion ni...amboi...tak ngagak!! :p
Malam tu jemput hubby kat BUKIT JALIL... hubby dtg ngn bas...biar senang plan nak gerak konvoi balik kampung xguna banyak kete....family planning kena baik.... hehheeheee.... lepas tu terus masuk KL nk shopping raya kat Jln TAR... Fuuuhhhhhh....jalan jem rupanya....sepanjang 5km ade la....dekat 1jam gak nak dapatkn tempat parking.... terkejut gak time nk parking tu... " RM10----dr kul 5ptg - 7pagi" wahhhhh.... betul2 buat duit ni.... sampai sahur n subuh la dorg jaga parking... tu bermakna...peniaga2 pun masih meniaga la timing macam parking tu kan.... urrrrmmmm.... hebat2... :D masuk2 je kawasan pasar malam jln TAR tu, jem ngn manusia pelbagai ragam & gaya.... siap ade yg bw baby, yg bawa nenek yg jalan pun terhencut2... alahai... kesian 1 hal...menyusahkan org lain nk jln 1 hal...sbb bhimpit2... kata mak, mengalahkan nk tawaf kt kaabah je... jln pun step by step... ada gak yg stop xbgerak...adehhhh....perjalanan dlm pasar tu je dah dekat 1 jam... tp ape pun xdpt beli...lasi2t2 time nak balik ikut jln luar... perggghhhh...xsangka plak kt main road ni pun byk lg peniaga2 yg meniaga.... n sepanjang kaki lima ade je org...makcik2 yg meniaga pun dah terlentuk2 dah tersandar kat pintu2 kedai... macamn nk meniaga kalu dah tido???? balik lg baik kan, tido kat umah beralaskan tilam pakai selimut....xla sejuk sampai ke tulang... urmmmm....susahnya nk cari rezeki ye.... time kami balik tu ingt dah hbs la jem..rupanya masih sama, x b'ubah sikit pun.... siap kami nk kua parking tu ade lagi yg baru bg signal nk masuk parking!!! huhuhuuuuu.... dekat kul 2 pg kami sampai umah...kesian kat hubby yg hanya b'buka td ngn burger dlm bas... terus makan kt umh.... katanya xmow bangun sahur dah...berbuka sekali sahur.... hehehee.... kesian...

19 September 2009

Pagi2 lagi mak dah kejut ajak g pasar keramat...nk beli bahan2 buat masak rendang, ketupat & sambal kacang...besok kan dah raya... :D tahun ni g pasar kira lambat lah jugak...kul 9 baru bangun tido...sedap sangat tido time hujan2... nak2 mlm td dah letih bjalan... :D kami pergi ber3...mak, hubby n me.... ade gak bodyguard thn ni nak mintak tolong bawa belanjaan... berat woooo...bawa ayam n daging... sayur2 lagi.... pastu kami g supermarket plak beli bahan2 lain.... sampai umah terus berkampung kat dapur.... pasang langsir...bentang karpet...vacum...macam2 lah.... best sangat thn ni raya ngn hubby.... ngn family.... walaupun penat kan.... :D petang tu buka puasa ramai2.... sume ade kat umah... bese cukup meja makan...kali ni bentang tikar kat bawah sbb xmuat meja dah...dah btambah ahli baru la katakan... heheheheheee... BAHAGIA!! Takbir pun dah mula bergema di corong2 radio n layar2 TV... besok raya.... :D yeeeee....


20 September 2009

SELAMAT HARI RAYA!!!! MAAF ZAHIR & BATIN...
Pagi2 aku bangun terus g dapur siapkn ape yg patut utk sarapan suami tercinta dan family... sambung iron baju yg mlm td xsempat habiskan.... bag2 yg dah packing bawa turun, biar senang masuk dlm boot kete... dah siap sume, aku mandi sunat aidilfitri...pakai baju baru.....make up.... vogue!!! :D bile sume org dah ready, kami duduk bersalam2an bermaaf2an.... syahdu seh.... huhuhuuuuu... settle....
Perjalanan pulang ke kampung ayah bermula dengan 2 kereta.... ambil masa hampir 2jam... singgah kubur atuk kejap b4 jejak umah kampung...lepas solat zohor, kami bergerak beramai2 ke rumahr sedara2.... ada la dlm 4 umah...sampai la ke maghrib.... ade 1umh lagi xsempat nak singgah...sambung besok b4 gerak ke Segamat/Kl .... malam tu kami cari la tempat menginap sebab kat kampung xcukup tempat nak tampung kami yang ramai ni... skrg ramai yg dah kawin, xbole dah nak berasak2... kalu dulu, ramai pun boleh lagi tdo rapat2 ramai2... :D kami cari chalet kat area Pengkalan Balak... tepi laut!! best.... :D

21 September 2009


Pagi2 dah bangun n siap2 nk g jumpa mak ayah kat kampung... nak gerak sama2 g umah yg xsempat g semalam... then kami pisah 2 kete...kami ke Segamat beraya belah hubby... 1 kete family gerak ke Kl.... sebelum tu kami singgah Muar umh tok hubby...family hubby tunggu kat Muar.... pastu konvoi 3 kete g umah sedare2 hubby plak... perrrgggghhhh...lotih badan.... tapi hati senang....

***** tahun depan macamana plak suasana raya ek?? *****


Doa Seorang Isteri

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Rabbi Allamin..


* kredit utk DUNIA PERKAHWINAN :D *

salam uols.... dah lamo xbersuo.... bz semedang sampai xingat nk update... ni nk tunjuk sket collection2 pictures semenjak diri ini x meng'update' blog tercintun ni... ni pic bulan ogos... sebelum bulan suci ramadhan menjengahkan diri... pics yg camping ni di ambil saat2 b'camping;
lokasi: BUKIT LAWANG, MEDAN......
date: 17 ogos 2009
time: 5.30 pg - 8mlm (ni time dikire sejak pengunjung pertama tiba ditempat yg dijanjikan - tiba di lokasi akhir.... )

okay... enjoy.... (macam best konon)


ni tapak yg kitog rasa bagus dah utk pacak kemah...


sambil2 posing beramai2 lepas pacak kemah...


posing dulu b4 basah... :D

yeee.... lihatlah dunia!!!

ni ngan balqish... org dah basah berguling2 dia baru nk rendam badan... :D

action sket pipi botox tu!!!

ni lah keindahan alam semulajadi....

mimi yg nakal!!!

gayat siot memula kena tolak ngn bf nadia (lid)!!! siot je...

berjalan menuju tempat air tejun.... tgglkn kawasan kemah jap...

ni time nak naik meredah air tejun... tp port cni dulu sbb ramai kat puncak tu... tempat kecik...

dah dapat naik... pose...jgn xpose... :D

ni lah pelampung treller yg digunakan utk rafting di sini... (proses ikat pelampung)

ngn mimi: buka pose sebelum pose.... hiks...

pose menembamkan pipi.... sape yang comel...

asyik ngn muke sndri...sbb dah lama xbgaya ngn tudung style mcmni... :D

alahai....

~drAnnaRais~

Bismillahirrohmanirrohim....

aku memulakan menulis blog pd petang ni...aku paksakan jugak ide kua dr otak ni... awat lah idea ni kering sokmo??? adus...tgh ade idea ni la ade call masuk... (eh, hubby call la....) :D rindunyer kat hubby...pdhal blm seminggu xjumpa.... lama gayut...rasa best sgt sbb dah lama xgayut lama2 mcmni...dgr pengalaman baru hubby kat tmpt keje baru...urm...gud luck sayang...semoga xde halangan dlm job baru mu itu....
ptg ni housemate buat nasi goreng..yummy...ade udang n ayam.... cedap sungguh...siap ade kopok ikan lagi jadi penyedap rasa.... nak makan dl lah...

salam...
pagi ni aku sendiri...menjadikan diri ini berada dlm blogging mode ... sebab housemate n clinicalmate g lain g jalan2 hujung minggu ke HILLPARK.... dah beberapa minggu nyer planning dorg wat tu...walaupun plan asal xmenjadi dan pasangan mastermind nye plak last minute x jd g...tp yg lain tetap jua pergi...plan untuk konvoi ngn motor xmenjadi atas beberapa alasan yang aku xberapa pasti..tp dgr2 nya sebab kurang selamat...so, mereka berangkat dengan 2 mobil yang di pandu sendiri (tanpa supir)...
aku pula, waktu mula2 mendengar plan dorg tu, aku xla excited sangat macam bese (sbb aku kaki jalan :p).... belum tny kat hubby, aku dah tau jawapan kekasihku itu... dah dekat2 hari nk g, aku try juga btanya ke hubby even aku sndri xbrp rasa excited nk g... dan jawapan yang ku duga benar belaka.... CANNOT GO!!! :D
so, aku rela je tgk depan mata td dorg g...tp wat2 la sedih sket...sbb sunyi je sbnrnya...kang nk mkn xde kawan....hehehehehe....
sume pun salam2 aku b4 g (gurls only k.)...macam nk tglkn lama2 plak..sbnrnya xlah jauh sgt HILLPARK tu...kurg 1jam perjalanan...yg buat lama sbb 1lane n jln kurang bagus sket....
so, lps tutup pintu apelagi aku pun membuat posting la kat blog ni...

sbnrnya, blog ni dah berkurun dah aku x isi...kalu ade pun aku just view2 je...but in this week aku aktif balik...but dlm rangka mengubah segala maintanance blog ni....nk upgrade sket niat nye...tp ntah la ek... bjaya ke x, tu aku serahkan...

aku haritu ade beli 1 buku bout bisnes oline ni...tp ade prob plak time upgrade blog ni...so, aku try to email author buku tu untuk bantu aku solve problem tu....antara percaya dgn x, aku pun meminta dia tlg directly solve ke blog aku...(dgn memberi username & password)...last2, dia mcm buat taik kat aku...tb2 tgh YM dia out sbb nk g mkn...dgn mudah dia out je...xsettlekan prob aku dl...aku tunggu sampai tertido depan laptop...at least bgtau la yg nk continue besok ke ape ke kan!!! then aku tunggu dia online besoknya...dia buat selamber je...tu pun aku buzz dia dl...aku saje nk tgk dia btanggungjawab x...rupanya mcm tidak je... bile aku tny soalan semalam tu dia bley wat gelak2 plak...sepak kang baru tau!!! pastu ignore macamtu je...last2 blog tu aku solve sndr je...baru puas hati aku!!!

tp bila hubby view my blog, dia ckp template baru ni xlawa... :( dia suka template lama.... urm... tp dah mls nk tukar balik sbb kang nak ubah lagi widget2 ni... urm.... sori kay hubby.... :*

urm...lapar lah...aku nk mkn la bubur ni jap...sbb pg td b4 budak2 ni bkumpul kat umah ni, aku titip sarapan..sbb lapar sgt...pg2 bgn je diare... aduh lah.... pg td aku bgn paling awal...mengalahkan aku plak yg nk g jalan2...dorg yg nak pun, aku yg kejut.... huhuhuhuu...haru betul lah dorg ni... hehehehe....
ok, stop here my blog... :)

salam...dah lama tinggalkan blog ni...dekat sebulan dah rasanya....
urmmmm.....itu sebab tahap busy kat klinik n life sangat tinggi.... banyak keje...byk job..byk nk buat...byk nk pk...byk segala bapak banyak... ehehe...smpi otak pun dah hang2 gak ni.... adeh la.... ni pun just singgah je....no idea nk post ape....


Assalamualaikum... salam sejahtera...

9 April 2009









Helllluuuueeewwww.... salam sume!!!!



Kali ni ni cite kat sume ape yg kiteorang buat semalam...
Petang rabu yang indah ; 22 April 2009 ; 4.00wib
Kami ber3 kua g jalan2 kat SU
N PLAZA Medan... Mimi, Yana n I...

Memula i ngn mimi gerak ngn MIO g XL Centre di Jl. Ponogero... kiteorg topup pulsa BEBAS EXTRA (
sbb nk murah kol2 esp; Msia)...
Sesampai kat XL Centre tu, kami parking MIO & mula melangkahkan kaki naik tangga untuk akses ke dalam ruang lobi bangunan tu...Sejuk terasa sangat membahagiakan kami sebab cuaca di luar yg sangat membakar kulit2 kami... ahhhhhh.....sangat terik!!! Kami terpandang sesuatu di suatu sudut lobi tu, nak tau ape? mesin yang bol
e keluarkan a cup of nescafe!!!!! Serasa nak jugak!!!! tapi malu...boleh ke amek?
tu untuk orang awam @ staff ke...tapi dekat2 area tu ade 3 coffee table.... so, maknanya untuk org awam la patutnya kan??? haaaa....nak jugak...mimi pun nak...hehehehe...suke2 kami je... tapi sbb malu yg tahap tinggi melangit, kami xla bua
t muka xmalu untuk amek air tu... jeling2 je la dari kaunter ni....hehehehe....
dah tu, kami pun menunggu giliran untuk membeli pulsa tersebut.... bile dah sampai giliran, kami pun melakukan transaksi.. dah tu b
alik.... (cite macam budak2 je!!!! cettt.. :p)

dah tu kami g SUN PLAZA plak.... jumpa la yana kat situ sebab dia dtg ngn ANGKOT... pastu kiteorg g kedai FORTUNE nak cari besday present utk member ktrg... dah puas pilih (ade la dekat 1 jam dok main pilih2 mn yg nk beli), kami surup wrap n tumpang letak hadiah2 tu sume...3 plastik beg besar kami borong (sbnrnya 1 brg tu memang dah besar... bukan byk barang yg kami beli menjadi faktor utama... :p)

^ Ni lah FORTUNE yg depan kedainya di hiasi dengan teddy bear sebesar dan setinggi pintu rumah!!!! ^


dah tu kami yg lapar dr tengahari tadi simpan perut terus attack tempat makan... i choose KILLINEY... dan dorang pun setuju...

^ ni HAINAMSE CHICKEN RICE ala Singapore.... ^

^ ni pulak CHICKEN CURRY with rice..... yummy!!!! miss all Malaysian food ^

^ ni pose awal2 dapat duduk...baru dapat sedut nafas sepam dua terus je nak pose ^

^ ishhhh.... berkerut!!!! ^

^ dapat makanan terus nak posing2.... kueng kueng kueng..... narsis lho ^


^ 3 dara pingitan... sume dara ke??? ^

~~knOW bOuT mE~~

Foto saya
Ampang, Malaysia
Saya adalah seorang anak daripada kedua ibu bapa saya....Saya adalah seorang isteri kepada seseorang.... :)Saya kini bakal bergelar MAMA kepada bayi yg saya kandung ini.... saya bahagia!!!! Saya juga seorang mahasiswi U terkemuka di SUMUT....Saya juga seorang yang akan bergelar DOKTOR GIGI....... JUST SMILE... :)saya berbintang SAGITARIUS.....saya suka dunia LAUTAN....saya juga suka warna BIRU....saya adalah BEAUTYBLUE....... :) emel: drannarais@yahoo.com ym: anur_pooh
"Dan katakanlah, 'Wahai Tuhanku,tambahkanlah ilmu kepadaku.'"(Thaahaa [20]: 114)

"Orang yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, pasti dipahamkan terhadap agama." (HR Bukhari)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

pregnancy

~baby~

Lilypie Maternity tickers Where Moms Unite

~~Baca bLOg OraNg~~

******

wynas bridal

~~~ChiTcHat~~~

~~~FoLLoweRs~~~

FEEDJIT Live Traffic Feed