PriNc3sS BiRu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Katakanlah aku berlindung dengan Allah pemelihara manusia, Raja yang menguasai sekalian manusia, Tuhan sekalian manusia, Daripada bisikan syaitan yang bersembunyi, Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada dan hati manusia, Daripada bangsa-bangsa jin dan manusia... ~ ShaRinG iS cAriNg ~ pregnancy

AMALAN KETIKA MENGANDUNG


Mengandung adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat. Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah "ditarbiyah" sejak dia masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal.

Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Qur'an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.

Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:

a) Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
b) Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
c) Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
d) Surah Maryam.
e) Surah at-Taubah.
f) Surah al-Ikhlas.



AMALAN SEMASA HAMPIR BERSALIN:

Untuk memudahkan ibu-ibu yang hendak bersalin, hendaklah banyak membaca surah-surah seperti berikut:

    1. Surah al-Fatihah.
    2. Surah al-Nahl ayat 78.
    3. Surah al-Hasyr, Ayat 21.
    4. Selawat Syifa:
    1. Do'a:

Ertinya: "Ya Allah! Dengan hak Maryam, juga dengan hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama pesakit dan ibunya penderitaan bersalin, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya."

    1. Wirid:

Ertinya: "Tuhanku, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan, kerana sesungguhnya memudahkan sesuatu itu mudah bagiMu. Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan."

    1. Dan sunat memperbanyakkan membaca do'a Nabi Yunus (Surah al-Anbiya ayat 87):

Tafsirnya: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."

    1. Disunatkan juga memperbanyakkan do'a menghilangkan kebimbangan dan ketakutan:


Bagi ibu-ibu yang sukar bersalin:

Dibaca pada air kemudian diminum dan disapukan pada mukanya insya Allah mudah bersalin dengan izin Allah.

Ayat yang dimaksudkan ialah:

Surah al-Hasyr ayat 21-24

Sementara bagi orang yang berada disamping perempuan yang hampir melahirkan itu disunatkan membaca ayat-ayat berikut untuk membantu memudahkannya bersalin. Di antara ayat-ayat tersebut ialah:

i. Ayat al-Kursiy dalam surah al-Baqarah ayat 255.
ii. Surah al-A'raf ayat 54-55.
iii. Surah al-Falaq dan an-Nas:

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu Anha:

Maksudnya: "Apabila dia (Fatimah) telah hampir melahirkan, Rasullullah telah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab bte Jahash agar datang melihat Fatimah, maka Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam membaca ayat al-Kursiy dan surah al-A'raf di sisi Fatimah dan memohon perlindungan daripada Allah dengan membaca surah al-Mu'awidzatain." .


** dipetik dr sebuah web... >>> lupe plak webnya ape... **

(telah di edit sedikit atas sebab2 teknikal) .....

0 comments:

~~knOW bOuT mE~~

Foto saya
Ampang, Malaysia
Saya adalah seorang anak daripada kedua ibu bapa saya....Saya adalah seorang isteri kepada seseorang.... :)Saya kini bakal bergelar MAMA kepada bayi yg saya kandung ini.... saya bahagia!!!! Saya juga seorang mahasiswi U terkemuka di SUMUT....Saya juga seorang yang akan bergelar DOKTOR GIGI....... JUST SMILE... :)saya berbintang SAGITARIUS.....saya suka dunia LAUTAN....saya juga suka warna BIRU....saya adalah BEAUTYBLUE....... :) emel: drannarais@yahoo.com ym: anur_pooh
"Dan katakanlah, 'Wahai Tuhanku,tambahkanlah ilmu kepadaku.'"(Thaahaa [20]: 114)

"Orang yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, pasti dipahamkan terhadap agama." (HR Bukhari)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

pregnancy

~baby~

Lilypie Maternity tickers Where Moms Unite

~~Baca bLOg OraNg~~

******

wynas bridal

~~~ChiTcHat~~~

~~~FoLLoweRs~~~

FEEDJIT Live Traffic Feed