“Terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai…..”
Menilai kehidupan dengan cara penilaian yang sama dan di situlah keserasian serta persamaan itu akan wujud. Namun sebuah kehidupan itu tidak seideal itu. Persepsi masyarakat perlu dihadapi. Seandainya mudah tergugat oleh apa yang difikirkan oleh orang lain, maka letihlah untuk menangkis sindiran yang ada.
Prinsip berumah tangga: ERTI HIDUP PADA MEMBERI
Ya, saya mahu berumahtangga bukan untuk menerima, tetapi saya mahu memberi…..
Memberi kasih saying, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan…….. itulah peranan yang harus ada dalam rumah tangga….
“ Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari kesempurnaan. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna dan tidak expect sebarang kekurangan. Maka, selepas berumah tangga, hanya kekurangan sahaja yang sering terlihat di mata….TERIMALAH SESEORANG ITU DENGAN SEADAANYA….”
0 comments:
Catat Ulasan