Jalan kebaikan yang paling utama, adalah menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita. Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan keperluan, asalkan luas perjalanan mencapai tujuan. Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Jumlah bukan ukuran, keikhlasan itu yang utama, kerana ia juga ibadah dan nilai dalam hidup. Bukan mudah meminta bantuan, namun satu yang menyedarkan, pada saat ini baru kita tahu siapa kawan dan sahabat yang sanggup berkongsi susah dan senang terutama bila bab kebajikan. Semoga sedekah dan amal jariah anda akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.
Sekiranya segala permintaan kita masih juga belum termakbul,
Sekiranya kita berada dalam situasi tidak tenteram, menghadapi musibah bersilih ganti, pekerjaan tidak menjadi, yang dikejar tak dapat yang dipegang lari, antara muhasabahnya ialah dengan merenung jauh ke lubuk hati berkemungkinan ia kesan doa orang yang teraniaya lantaran usaha kita sendiri.
Antara golongan yang sangat rugi ialah mereka yang berpuasa, dizalimi dan bermusafir tetapi tidak berdoa bersungguh-sungguh untuk mendapat keampunan Allah swt serta kebebasan daripada api neraka.
“ya allah..ampunila dosa2 ku,bukakn hati org yg menzalimi aku,aku mengaku..dan aku bertaubat atas nama mu Ya Allah…kalau dia ciptakn utk ku..kau dekati ia kepada ku..jikalau dia bukn diciptakn utkku..kau butakn hati ku..mngingtinya..dan kau jauhkn yer dr ingtnku..AMIN..”
0 comments:
Catat Ulasan